The Face Shop Jeju alovera gel review
hahaha aku rasa awkward pulak. sebab ni first time nak review produk hahaha
sebelum tu, kalau nampak tulisan macam cacamarba sikit, sori lah. aku update blog pakai apps so maybe website view macam haremm sikit lah. kalau mobile, setakat ni aku tengok ok ok je hahah
ok lah jommm mulaaππ
harini nak cite pasal aloevera gel dari The Face Shop.
macam mana aku boleh beli? hmm cite dia camni. aku merewang-rewang dekat MidValley, nampak face shop buat sale. aku saja je la datang usha sebab ak suka tengok make up product tapi tak suka pakai hahaha. pastu aku ternampak aloevera gel ni. aku pun semangat gila ambik teruss ahaha sebab aku dah lama review produk aloe gel ni. nak beli tapi mahal sebab majority buat review pakai Nature Republic punya jenama. NR kan mahal dalam rm 35++. nak beli online takut pulak terbeli tang fake. dah sudah MELAYANG DUIT. jadi aku tak beli-beli bende ni sampai la aku jumpa face shop punya ni haha.pastu, kene pulak sem ni aku ada subjek Plantation Agriculture yang mana, kitorg kene tanam jagung sendiri. maka berjemurlah dibawah sinaran mentari π ala ala mat saleh ber sunbath kat tepi pantai gitu..tapi gile ahh sunburn dia. aku dari warna coffe latte dah jadi mocha sudah π so beli ni acah acah la dapat treat muka after sunbath tu hahha
sekarang, nahh aku belanja gambar dulu lah.
haa ni la bende nya tu π
tarikh beli: march 23,2016
harga: RM 23.21 inc GST
vol: 300 ml/10.14fl. oz.
MADE IN KOREA
masa aku beli ni, face shop ada buat sale, second tub half price. maigad murah gile ahh kalau compared to NR punyaaπ so aku pun ambiklah ahahah satu letak kat rumah satu lagi aku pakai kat kolej. so takde la mengangkut je keje nye π
okay ni gambar belah belakang tub gel ni. jangan risau la akan ketidakfahaman korg dengan tulisan korea yang bersepah tu sebab ada explaination in english jugak hihiπ
bende ni nama sebenar dia kemain panjang.
JEJU ALOE FRESH SOOTHING GEL
.blerghh.
diformulasikan dengan 99% ekstrak daun alovera dari pulau Jeju. kiranya pekatan moisture dalam gel ni tinggi la sebab just one percent je additive dia. and stated kat sini yang bende ni takde paraben, benzophenone, animal oil, mineral oil and artificial coloring. so jangan risau lah kalau korang cuak dia letak lemak babi ke dalam ni kan. memang takde jangan risau. artificial coloring pun takde sebab gel ni memang transparent. jernih. nah tengok kalau tak caya.
nampak kan transparency nya tu. warna hijau tu sebab warna bekas dia je.
then bende ni boleh pakai kat banyak tempat. whole body lah kiranya. dari rambut, muka, badan sampai ke kaki hahaha. korang apply je. rasa dia sejuk dan nyaman. bau dia pun takde la kuat sangat. just nice. tekstur dia more to water-like consistency instead of gel-like consistency. lepas apply memang cepat serap. tapi korang jangan apply banyak sangat sebab kalau banyak banyak, muka rasa macam melekit and berminyak. and dia takkan serap semua pun. so, berpada-pada lah ek. setakat penggunaan aku dalam tempoh sebulan ni, okay lah. rasa la lembut sikit muka aku ni hahaha. yang pasti memang sangat sangat membantu menyejukkan muka and badan lepas aku berladang. aku letak tebal sikit kat muka dalam 20 minit. then aku bilas. tak bawak tidur. sebab muka aku oily sikit. memula aku pakai bawak ke tidur, bangun esok nya masyaAllah .. kalau lah muka aku kuali, dah boleh goreng telur lah muka aku ni sebab berminyakk ππ. so, solution dia, aku buat ala ala mask gitu. then kalau harian punya kegunaan, aku campur dengan BB cream so takde la pekat sangat BB cream tu melepek kat muka aku. nampak fake duhh kalau aku pakai pure BB cream π
π
tapi kalau korg campur, pandai pandai la korang tetapkan consistency nya ahaha. and dengan mencampurkan mereka, jimat masa la jugak nak letak kat muka. sebab dah two in one. kalau tak, sapu gel dah 2 minit. sapu BB cream? hmm taktau la aku sempat pegi kelas ke tak π all in all, aku suka gel ni sebab dia organic and versatile. boleh pakai whole body. so takyah beli lotion badan hihiππ
okayy itu sahaja rasanya. kalau post ni dapat membantu korang, aku tumpang gembira. kalau tak, emm, aku mintak maaf lah π
π
. boleh carik lagi review org lain hihi teruskan perjuangan anda.
okay bye ππΈ
Comments
Post a Comment